Manusia secara fitrahnya suka bersaing atau 'berlumba'. Majoriti
kita, kalau bukan semuapun, suka kemenangan dan benci kekalahan.
Dorongan untuk menang inilah yang membawa kemajuan dalam hidup individu
mahupun masyarakat.
Walaupun berlumba telah ditanam oleh
Allah SWT dalam fitrah kita, yang berbeza adalah apakah yang 'akan
dimenangi' dalam perlumbaan itu, apakah nilainya, bagaimanakah
'kemenangan' dalam perlumbaan itu akan mengubah atau menyebabkan hidup
'pelumba' menjadi lebih baik.
Dorongan kuat atau 'bahan
bakar' untuk menjana perlumbaan adalah sama penting dengan sasaran atau
matlamat perlumbaan. Matlamat atau sasaran perlumbaan serta peraturan
perlumbaanlah yang akan menentukan nilai perlumbaan tersebut. Adakah
perlumbaan ini tidak penting atau bernilai atau perlumbaan yang akan
membawa kita kebahagiaan yang sebenar. Nilai matlamat atau sasaran
perlumbaan ini sangat berkait rapat dengan pemahaman dan keyakinan kita
kepada apa sebenarnya matlamat dan tujuan hidup kita.
Matlamat
atau cita-cita setiap kita juga berbeza. Bagi pemain badminton mungkin
menjadi pemenang pingat emas di olimpik adalah matlamat yang
diidamkan. Pemain bolasepak di negara-negara 'gergasi' dalam sukan ini
mempunyai matlamat untuk menjadi juara pertandingan piala dunia, atau
sekurang-kurangnya sampai ke separuh akhir.
Bagi pemain
bolasepak di Malaysia, mungkin rasa bahagia menjadi salah seorang pemain
dalam pasukan yang memenangi pingat Sukan SEA atau layak ke peringkat
kedua pertandingan kelayakan sukan olimpik atau piala dunia. Dalam satu
pasukan juga, matlamat dalam hati juga berbeza antara seorang pemain
dengan jurulatih, dan antara pemain.
Mengilhamkan
matlamat atau tujuan adalah sangat penting kerana kita perlu jelas
apakah keadaan kita di hujung suatu usaha atau perjalanan. Marilah kita
renungi ungkapan Anthony Robbins, dalam bukunya yang terkenal 'Awaken
the Giant Within':
“Goals are a means to an end, not the
ultimate purpose of our lives. They are simply a tool to concentrate our
focus and move us in a direction. The only reason we really pursue
goals is to cause ourselves to expand and grow. Achieving goals by
themselves will never make us happy in the long term; it's who you
become, as you overcome the obstacles necessary to achieve your goals,
that can give you the deepest and most long-lasting sense of
fulfillment.”
Matlamat yang jelas yang bermakna adalah
suatu yang apabila kita memikirkannya hati kita akan gembira dan akan
menyemarakkan semangat kita. Kita dapat merasai kepuasan dan kenikmatan
'sampai ke sana'.
KAJIAN TARBAWI 05042012
oleh Rosdi Baharom pada pada 5hb April 2012 pukul 11.34 pagi ·
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN