Putera puteri yang dicintai kerana Allah SWT.
Kita
sama-sama diberikan kesedaran oleh Allah SWT untuk memahami dan berusaha
untuk memelihara diri kita dari kemurkaan Allah. Kita faham bahawa
hidup patut disibukkan dalam ketaatan kepada Allah dan menjauhi diri
dari durhaka kepada Allah SWT.
Tetapi, kita sama-sama
menyedari bahawa kita mudah mengungkapkan kata-kata untuk mentaati Allah
tapi realitinya memelihara diri dari perbuatan-perbuatan maksiat adalah
sangat sukar. Walaupun dalam sebahagian besar hidup kita, kita mampu
tidak melakukan maksiat tetapi ada kalanya kita tersungkur juga.
Walaupun kita berusaha gigih untuk mentarbiyah diri kita tetapi kita
menyedari bahawa kebencian kita kepada maksiat dan kemungkaran sangat
lemah sehingga kita tidak kuat untuk menolak dorongan nafsu yang mahu
kita melakukan maksiat. Marilah kita renungi pesanan Sayyidina Umar
Ibnu Al-Khattab.
Umar Ibnu Al-Khattab pernah berkata:
“Jauhkanlah
(jagalah) jiwa ini dari mengikuti hawa nafsunya, kerana jiwa selalu
condong kepada hawa nafsu. Dan sesungguhnya jika kalian tidak
menahannya dari hawa nafsunya, maka ia akan menghantar kalian kepada
sejelek-jelek perbuatan.
Sesungguhnya kebenaran ini sangat
berat namun menyenangkan pada akhirnya. Sedangkan kebatilan itu sangat
ringan namun akan mengakibatkan kesusahan (yang berat) nantinya. Dan
meninggalkan perbuatan jelek itu lebih baik dari mengubatinya dengan
bertaubat (setelah melakukan kesalahan/dosa). Sudah berapa banyak
pandangan yang menanamkan syahwah. Dan sudah berapa banyak syahwat
sesaat yang membawa kepada penyesalan yang panjang”
(Dari buku Untaian Hikmah Penggugah Jiwa)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN